SEMINAR KERJAYA 2006




SEMINAR KERJAYA 2006
Seminar Kerjaya 2006 telah diadakan pada 29hb April 2006, Sabtu bertempat di National Olympics Memorial Youth Centre (NYC). Majlis seawal 9.00a.m. itu dimulakan dengan pendaftaran daripada 25 buah syarikat yang terlibat dalam seminar itu. Atucara seterusnya diteruskan dengan pendaftaran para pelajar yang bermula dari 10.00a.m. sehingga 6.00p.m. Dijangka seramai 300 orang pelajar telah menghadirkan diri dalam seminar tersebut.
Seminar ini dijalankan secara terbuka di mana para pelajar bebas untuk mengunjungi 'booth' yang telah disediakan. Sehubungan dengan itu, bilik temudaga turut disediakan untuk syarikat-syarikat yang berkeinginan untuk melakukan sesi temudaga bersama pelajar.Antara syarikat-syarikat yang terlibat adalah MISC, Fuji Electric, PERODUA dan PROTON.
Seminar yang dijalankan selama 6 jam itu sedikit sebanyak telah membuka minda para pelajar tentang bidang pekerjaan yang boleh diceburi berlandaskan kriteria-kriteria kursus masing-masing. Secara tidak langsung, program ini juga telah memberi peluang kepada para pelajar untuk bersemuka dengan esekutif-esekutif staf yang bertugas untuk membincangkan kerumitan yang dialami khususnya dalam bidang pekerjaan yang mereka ingin ceburi.
Kami berharap agar pada masa yang akan datang akan ada lebih ramai lagi pelajar menghadirkan diri ke seminar ini. Setiap aktiviti yang diadakan adalah untuk ahli dan agaklah merugikan jika ahli tidak menghadirkan diri ke seminar seperti ini..

0 Comments:
Post a Comment
<< Home